
Sulit
4 tahun
Bila bersama suami keluar darah
Sya wanita berumur 23tahun semlm bila Sya bersama suami Sya keluar darah masa bersama tu x rasa sakit bila keluar darah warna merah muda kami berhenti kali kedua dia keluar sikit dan terus sakit perut sampai x blh buat kerja kali ketiga dia keluar lagi sampai ke betis tpi sikit darah tu dah bertukar warna menjadi merah muda campur warna hitam dan tidak berbau dan Sya terus sakit perut sampai sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maklumat yang puan berikan adalah berkenaan masalah keluarnya darah ketika bersama suami serta gejala sakit perut yang timbul selepas ini terjadi. Kami memahami kebimbangan puan dan akan cuba membantu.
Gejala sakit perut dan pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi dan memerlukan pemeriksaan doktor segera. Gejala ini boleh disebabkan oleh:
- Fibroid dalam rahim
- Keradangan Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
- Endometriosis
- Kanser rahim
Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor Pakar Sakit Puan untuk pemeriksaan lanjut. Puan boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk penerangan lanjut dan dirujuk kepada pakar pakar selepas maklumat lanjut diperolehi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu puan. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Klik di sini untuk konsultasi dengan Pakar Ginekologi