Sulit
4 tahun
Bila kencing titisan terakhir keluar seperti mani
saya lelaki berumur 29 tahun,belum berkahwin dan saya akn berkahwin dlm 20 hari lagi…masalah sya bila sya kencing titisan terakhir akan keluar seperti mani,sya telah pergi ke klinik keluarga , doc memberi tahu air kencing saya kotor,lalu memberi ubat antibiotik n ubat serbuk urine… tpi masih lagi keluar…selepas itu sya pergi lagi ke klinik top care… keputasan doc sama lalu mberi ubat yg sama kpda saya…selang 5 hari masih lagi keluar…selpas itu sya pergi ke klinik kesihatan kerajaan n result air kencing saya doc beritahu normal tiada kencing manis buah pinggang semua tidak ada…lalu doc beritahu tak perlu apa2 ubat…doc berkata ia akan hilang bila sya berkahwin lalu doc menyuruh sya mastribation kerana kandungn air banyak…bila sya mastribtion ok sementara dan air mani itu berwana kuning, adakah itu nomal?? tpi hari ini masih keluar lagi…saya masih buntu kerana tak dapat jawapan yg tepat untuk penyakit sya ini…adakah normal atau serius??? bolhkah penyakit saya ini boleh berubat n baik seperti biasa?? smpai sekarang sya masih mencari klinik pakai sakit tuan di pulau pinang tpi masih x jumpa dan saya hendak buat ujian air mani…adkah penyakit ini jadi kurang kesuburan???
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- kadar protein yang tinggi dalam saluran kencing
- tanda-tanda awal gangguan pada buah pinggang
- tanda-tanda awal gangguan prostat
- penyakit batu karang
- dan lain-lain
Umumnya air mani seseorang akan berwarna kuning sekiranya ia bercampur dengan air kencng, ejakulasi yang jarang berlaku (infrequent ejaculation) atau kelainan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































