
farahnorhazeli
5 tahun
Bila waktu sesuai makan
Salam sejahtera…hi doctor… Saya ingin brtnya waktu bilakah sesuai mngmbil acid folic? Selepas makan or sbelum mkn? Pgi or petang? Mohon pencerahan
…sekain…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik boleh diambil sebelum ataupun semasa mengetahui status mengandung. Memandangkan anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengambil pil tersebut. Anda boleh ambil dalam tempoh 3 bulan sewaktu merancang kehamilan. Setelah anda hamil, anda harus ambil sepanjang trimester pertama. Anda boleh mengambil pil ini sebelum atau selepas makan, pagi atau malam namun pada waktu yang sama setiap hari.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai asid folik ataupun mengenai kehamilan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.