
Anonymous
5 tahun
Bintik bintik kecil pada kawasan bawah zakar (ball)
Saya 25 tahun, dan perasan dua tiga hari area bawah zakar (ball) ada bintik bintik kecil. Risau

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala bintik merah yang dialami kawasan buah zakar anda boleh disebabkan:
- Jerawat
- Gigitan serangga
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV atau penyakit kelamin yang lain
- Kista (cyst) pada buah zakar
Sekiranya anda mengalami gejala tambahan seperti kegatalan, pendarahan dan kesukaran membuang air kecil anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.