
Sulit
4 tahun
Bintik-bintik merah di badan dan tangan
Hai doktor…saya mahu bertanya…di tangan saya mempunyai bintik-bintik kecil berwarna merah…saya mahu mengetahui…iti penyakit apa dan apa solisinya…tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik bintik merah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memerlukan informasi yang lebih spesifik mengenai bintik-bintik tersebut seperti saiz, bentuk, lokasi, warna sekeliling dan juga penebalan kulit jika ada. Kami juga ingin mengetahui sama ada anda mengalami simptom-simptom umum seperti demam, menggigil, gatal, pening kepala, muntah atau berpeluh malam.
Berikut merupakan punca-punca bintik-bintik merah pada kulit seperti:
- Urticaria
- Alahan kulit (Allergic)
- Gigitan serangga
- Denggi
- Jangkitan bakteria atau virus
- Contact Dermatitis
- Angiomas
- Penyakit autoimmune
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.