
Sulit
3 tahun
Bintik bintik merah di lengan tangan
ada kesan gigitan di dua2 belah lengan saya dan ada bintik merah di dua2 kawasan tersebut. adakah bintik2 merah itu terjadi disebabkan saya menggarunya? dan saya perasan ia menjadi semakin banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah bintik-bintik merah pada kedua-dua bahagian lengan tangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jerawat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.