
Sulit
4 tahun
Bintik bintik merah dibawah permukaan kulit lelaki dewasa
Saya lelaki 30 thn…kukit kepala zakar nampak kebiruan dan sedikit gelap dari warna asal dan dan tidak tegang seperti dulu…apabila ditarik nampak seperti bintik bintik dan garisan merah tanpa ketulan di bawah kulit…bintik ini jelas kelihatan apabila disuluh dengan cahaya lampu…kadang disertai sakit perih dibahagian itu…adakah berkaitan dengan pembuluh darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, bintik merah pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah