
Sulit
4 tahun
Bintik-bintik merah,kulit mengelupas
Saya wanita berumur 20 tahun saya tanya doktor anak saya yang baru 4 bulan satu badan anak saya tumbuh bintik2 merah di bahagian muka dan kepala pon kene boleb saya tahu kenap ye doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda sebagai seorang ibu. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya, bintik-bintik merah pada anak kecil yang disertai dengan kulit mengelupas boleh disebabkan oleh:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- jangkitan virus (i.e. varicella, demam campak, measles, dll.)
- dermatitis kontak iritasi
- facial erythema
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
- tanda tanda awal gangguan ruam yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dari pihak kami terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital secepatnya. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.