
syamimiyunus
5 tahun
Bintik-bintik merah pada badan bayi
Anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. Sebelum ni anak saya ada kena jangkitan kuman pada leher (impetigo). Sekarang da beransur pulih dan luka pun sudah kering. Doc kk ada bagi antibiotic ubat sapu & makan untuk 5 hari. Hari ni hari ke empat anak saya makan antibiotic. Dalam masa yang sama anak saya batuk selesema dan ada kahak jugak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
- Jangkitan kulit: bakteria & kulat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.