
Anonymous
5 tahun
Bintik merah dilengan
Sy wanita berumur 26tahun… sy mgalami bintik merah dilengan, sejak sy menggunakan Vaseline healthy hands and nails Dan aqua cream…disamping itu, sy baru sahaja mengalamkan minum kitsui royal lipo utk mgurangkn berat badan… sy tlh bjumpa dgn MA disebuah klinik Dan dea hnya memberi sy ubat sapu iaitu calamine cream… tp smenjak sy guna aqua cream, lengan sy bertambah bintik-bintik merah… tlg sy…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda dinasihatkan untuk berhenti seketika pengambilan produk Vaseline tersebut dan amalkan sapuan ubat calamine bagi bintik-bintik merah ditangan anda. Hal ini kerana, bintik-bintik merah tersebut berkemungkinan adalah kesan tindak balas antara badan anda dan produk Vaseline tersebut. Anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan produk pelansingan badan kerana dikhuatiri dapat membahayakan tubuh badan anda. Anda boleh menyemak status produk tersebut jika ia didaftarkan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau semakin teruk, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.