
jessicamaey33
5 tahun
Bintik merah macam jerawat tapi berair
Saya 25 tahun.hamil 37 minggu…baru2 ini badan saya ada timbul bintik merah semacam jerawat tapi berair…macam bebelon…bila pecah ia terasa sedikit pedih…saya kurang pasti,penyebab nya apa…ia timbul dimuka jugak…ada 3-4 biji…belakang.perut dan kaki
.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat berair boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- respons alergi
- eczema
- jangkitan kuman, virus ataupun kulat
- chicken pox atau herpes zoster
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.