
Sulit
3 tahun
Bintik2 merah dimuka
Hi selamat sejahtera. Saya muntah2 5-6 Kali dalam satu masa. Lepas itu muka saya naik bintik2 merah. Muka saya still ada bintik2 merah selepas sehari . Apa yang terjadi pada muka saya ya doktor?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami ruam pada muka serta muntah-muntah. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan simptom seperti di atas. Antaranya adalah:
- Alahan atau keracunan makanan
- Jangkitan virus
- Denggi
- Leptopspirosis
- Masalah hati
- Masalah buah pinggang
- Kesan sampingan ubat atau vaksinasi
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor dengan segera kerana kekerapan muntah-muntah yang membimbangkan.
Anda boleh rujuk perkara ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.