
Sulit
4 tahun
Bintuk Merah apa seluruh badan
Saya 25 tahun, mengalami bintik bintik merah kecil pada seluruh badan kecuali tapak kaki, muka dan kepala. Tapak tangan ada bintik bintik jugak. Memang terasa gatal. Ada sakit tekak sikit dan batuk sikit. Risau juga saya. Boleh saya tahu penyakit apa ni Dr? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa sebab untuk berlakunya ruam atau bintik merah besar di sekeliling badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih