
Sulit
4 tahun
Bisol atau nanah bengkak pada bahagian sebelah lubang dubur.on off hampir setahun
Saya lelaki 42 tahun, masalah bengkak bernanah/bisol di kawasan bersebelahan lubang dubur sudah hampir setahun,klinik swasta pernah bagi antibiotic tapi dia tumbuh balik.dulu kalau saya picit dia akan pecah keluar nanah tapi sekarang bila picit dia akan pecah dalam dan kadang nanah tu mengalir keluar melalui dubur, saya agak malu ke klinik utk diperiksa oleh doktor jika boleh minta saranan ubat yang boleh saya beli di farmasi. Saya ada darah tinggi dan tiada alahan pada ubat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, platform ini hanyalah untuk membicangkan masalah kesihatan yang dialami oleh pesakit. Kami tidak boleh untuk memberi preskripsi ubat. Hal ini kerana sebelum boleh memberi sesuatu rawatan, diagnosis yang tepat haruslah terlebih dahulu diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Saya memahami anda segan untuk berjumpa dengan doktor. Namun, dalam hal ini, sangat penting untuk kita memeriksa dan mencari tahu akar umbi punca masalah anda ini. Hal ini kerana, jangkitan tidak akan berlaku hanya begitu sahaja. Tambahan pula, masalah ini kerap berlaku dan kronik selama satu tahun. Ini membuktikan pemeriksaan lanjut harus dilakukan sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.