
Sulit
5 tahun
Bisul atau jerawat di kemaluan
Saya perempuan Umur 27, saya ada bisul di kemalua, dan dia kerap datang lepas sembuh, saya tak tahu nak guna ubat apa, and cara nak hentikan? Saya malu nak ke hospital. Tolong saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tanpa melihat kepada luka kulit tersebut, dan hanya berdasarkan keterangan yang anda berikan, bisul pada kawasan kemaluan secara umumnya boleh disebabkan oleh beberapa penyakit, seperti:
- Jangkitan kuman pada lapisan kulit
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks dengan pesakit
- Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Untuk itu, ulser/ luka tersebut perlu dilihat dan dievaluasi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.