
Sulit
5 tahun
Bisul Atau Lain-lain
Hai. Saya berumur 24 tahun. Saya ada masalah kulit membengkak seperti bisul di bahagian kelangkang bersebelahan dengan vagina sejak 2 hari lepas. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan rasa sakit dan merah. Pada saya agak besar sebesar hujung jari kelingking saya. Saya terbaca di internet bisul terjadi bila tak menjaga kebersihan. Tetapi saya sentiasa tukar seluar dalam dan setiap kali buang air akan cuci guna sabun khas. Adakah itu bisul atau penyakit lain? Normal atau bahaya dan apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tanpa melihat kepada luka kulit tersebut, dan hanya berdasarkan keterangan yang anda berikan, bisul pada kawasan kemaluan secara umumnya boleh disebabkan oleh beberapa penyakit, seperti:
- Jangkitan kuman pada lapisan kulit
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks dengan pesakit
- Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Untuk itu, ulser/ luka tersebut perlu dilihat dan dievaluasi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.