
Sulit
3 tahun
Bisul Berdekatan Bibir Kemaluan
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya mempunyai bisul dekat kemaluan yang mengganggu dan sedikit sakit. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkannya? Krim apa yang boleh saya gunakan untuk menghilangkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, saya tidak pasti mengenai gejala benjolan yang anda hadapi kerana terdapat pelbagai siasatan lanjut yang perlu dilakukan mengenai sejarah kesihatan anda dan juga mengenai khususnya benjolan tersebut.
Masalah benjolan yang anda hadapi seperti bisul mungkin adalah disebabkan oleh Bartholin Cyst , iaitu ketumbuhan sista pada kelenjar bahagian bibir kelamin. Ketumbuhan sista ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian kelamin yang boleh menyebabkan keradangan dan penghasilan cecair nanah pada kelenjar tersebut.
Saya juga berpendapat bahawa masalah benjolan yang anda alami mungkin juga adalah ketumbuhan seperti Lipoma , Vulva fibroma , ataupun sista yang telah menjadi tisu parut. Namun, saya lebih sarankan anda untuk mengemukakan perkara ini kepada doktor pakar sakit puan yang boleh memberi pendapat yang lebih tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan