
Sulit
5 tahun
Bisul di bahagian testis atau di bahagian kemaluan lelaki
Hai doctor saya berumur 18 dan saya seorng remaja lelaki saya ada memotong bulu di bahagian kemaluan saya dan say dapati selepas saya potong ada bisul tumbuh dan saya letak aleo vera sebab rasa pedih bila nak berjalan adakah saya perlu pecahkan atau hanya beli ubat di klinik tapi skrng pkp adakah saya perlu ke klinik atau hanya beli ubat,bisul ni sudah beberapa kali naik tapi kali ni sahaja yang lama dari yang lain biasa saya letak aleovera hilang cuma yang ni agak sakit… Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bisul di skrotum (pembungkus testis) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- folikulitis
- carbuncle
- acne
- Pyoderma gangrenosum - sejenis keradangan kulit
- Fournier’s gangrene - kematian sel-sel akibat keradangan fasia (tisu penghubung yang mengelilingi otot, darah dan saraf testis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.