
Sulit
4 tahun
Bisul di ketiak yang sering saya alami
Saya mempunyai bisul di ketiak, dan saya sering mengalaminya, mungkin kerana saya mempunyai penyakit eczema, ubat apa yang saya perlu gunakan? Boleh kah saya menggunakan cream uniflex atau pristinex?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kebiasaanya, bisul ini tidak berbahaya dan boleh dengan sembuh sendirinya dalam tempoh beberapa minggu. Masalah infeksi yang menyebabkan bisul ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Banyak berpeluh
Sering mencukur bulu ketiak
Tidak menjaga kebersihan ketiak
Masalah perubata seperti kencing manis, maslah buah pinggang dan sebagainya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas mengetahui punca bagi masalah anda, barulah rawatan yang sesuai dan tepat boleh diperolehi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.