
Sulit
3 tahun
Bisul Selalu timbul di anggota badan
Hi doctor, saya 30thn masih bujang… sejak January tahun ini bisul seringkali tumbuh di anggota badan saya, ada jugak di bahagian kemaluan… sudah banyak clinic yang saya sudah pergi , doctor cuma bagi saya antibiotik (dos tinggi), ubat tahan sakit dan ubat sapu…cuma doctor pesan jangan sentuh atau picit untuk keluarkan nanah/darah dari bisul tu,biar dia baik sendiri… bisul cuma akan reda dlm tempoh 1-2bulan… kemudian dia akan naik semula…saya dah buat fully medical checkup… alhamdulillah saya tak ada kencing manis atau penyakit lain …oleh kerana peryini selalu terjadi, saya ada minta doctor clinic tersebut untuk keluarkan (potong/minor surgery) nanah dari bisul itu…tapi mereka tak boleh buat… cuma bagi saya ubat antibiotik & sapu sahaja… mohon penjelasan doctor mengenai perkara ini…
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah bisul yang dialami oleh anda dan gejala tersebut amatlah tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila ianya pecah dan menyebabkan pengaliran darah dan nanah. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, masalah jangkitan kulit atau bisul yang berulang memerlukan pemeriksaan rapi dan juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor lazim yang menyebabkan anda mengalami masalah jangkitan kulit atau radang bisul berulang boleh berpunca dari:
- Penjagaan kebersihan badan yang kurang memuaskan
- Kulit sensitif
- Pengudaraan di kawasan bisul yang kurang baik
- Antibiotik yang diberikan oleh doktor tidak berkesan mungkin disebabkan oleh kuman mempunyai ciri-ciri antibiotic resistance terhadap antibiotik yang diberikan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan seterusnya supaya kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.