
nurshaa044
5 tahun
Bleeding ketila hamil 6 miggu
Saya baru2 hamil di awal 6 minggu.tetapi hari ini ad bleeding berwarna merah terang dan kemudian lama kelamaan menjadi warna hitam.persoalan saya darah apa kah itu.adakah bahaya untuk baby? Darah tidak banyak dan saya tidak merasa sakit perut atau cramp. Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.