
ajebmozac
5 tahun
Blood Pressure tinggi
saya lelaki berumur 28 tahun, saya sebelum ini ada masalah panic attack, dan sampai sekarang masih diberi ubat, dan hasilnya baik dan berkurangan, tetapi saya risau mengenai blood Pressure saya, saya selalu check BP pada waktu pagi dan tekanan purata dalam 127/128, bila saya periksa pada waktu petang mencecah sampai 146, dengan angka sedemikian saya mula risau dan stress, dan membuatkan saya panic, adakah tekanan darah sering berubah? ataupun saya memang ada darah tinggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tekanan darah boleh meningkat disebabkan oleh pelbagai perkara:
- tertekan
- tidak cukup tidur
- selepas bersenam
- jangkitan kuman
- usia
- masalah buah pinggang
Anda harus mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor kerana bacaan tekanan yang tinggi tidak semestinya menjurus kepada masalah tekanan darah tinggi yang memerlukan ubat-ubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.