Sulit
5 tahun
Boleh kah isteri mengandung lepas 4 bulan melahirkan anak dan membuat BTL
Isteri saya berumur 43 tahun dan telah melahirkan anak 4 bulan yang lepas dan telah membuat BTL, masalah skarang isteri saya sudah dua bulan tidak datang haid, apakah kemungkinan dia mengandung lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, potensi kehamilan setelah seorang wanita menjalani prosedur BTL (Bilateral Tubal Ligation) adalah sangat rendah. Prosedur ‘mengikat’ saluran tuba fallopian ini menghalang pertemuan sel telur dan sperma yang boleh menyebabkan wanita mengandung. Secara purata, dalam 200 orang, hanya seorang wanita yang dilaporkan hamil setelah prosedur tersebut. Ianya jarang tetapi tidak mustahil dalam segelintir kes. Selain kehamilan, terdapat pelbagai penyebab seseorang wanita mengalami haid yang lewat. Antara penyebabnya yang lain ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang isteri anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang isteri anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























