
max_nieda
5 tahun
Boleh kah sekiranya gandakan dos amlodipine 5mg 1hari kepada 10mg 1 hari?
Suami saya berumur 37 tahun.sekarang dia ambil amlodipine 5mg 1 biji sehari…start ambil pada 5/3 yg lalu…setakat hari ni 30/3 tiada perubahan pada bacaan tekanan darahnya.kadang naik kadang turun.bacaan paling tinggi yang di catatkan selama 20 hari adalah 169/118.soalan saya,bolehkah kalau suami saya nak gandakan dos ubat menjadikan 10mg 1 hari?sepatutnya 25/3 lepas beliau perlu berjumpa doktor,tetapi disebabkan covid 19 sekarang so appoinment ditangguh sehingga bulan 8.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Amlodipine merupakan ubat untuk menurunkan tekanan darah dan merupakan ubat di bawah kawalan. Untuk menaikkan dos ubat, ianya memerlukan preskripsi daripada seorang doktor yang memerlukan maklumat lebih lanjut daripada pesakit. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan agar boleh memberikan pandangan dan dos yang tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.