Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Boleh kah selepas makan durian gap 2 jam makan ubat untuk kanak2 3 tahun?
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada kajian ilmiah mendapati sebarang tindak balas apabila ubat diambil bersama dengan durian. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk menghadkan pengambilan durian terutamanya terhadap kanak-kanak dan hanya mengambilnya dengan jumlah yang sederhana. Hal ini kerana kandungan kalori, gula serta lemak yang tinggi dalam durian.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan preskripsi ubatan dengan ahli farmasi yang berdaftar mengenai isu ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.