
Sulit
3 tahun
Boleh ke fibroadenoma mengambil halba
Hai sy wanita berusia 26 tahun . Dan dh beberapa kli mnjalani pembedahan membuang fibroadenoma di kedua belah payudara . Kini payudara saya jatuh dan besar sbelah . Boleh ke sy mngambil air rebusan halba untuk minum supaya payudara kembali anjal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, walaupun kegunaan halba memberikan banyak manfaat kepada kesihatan, kajian yang telah dijalankan tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan pengambilan halba dengan pembesaran payudara. Malah, pengambilan halba secara berlebihana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit dan loya.
Kami memahami keresahan yang anda alami. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat mengenai cara-cara untuk mengatasi masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar sakit puan kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan