
helangtanah
5 tahun
Bolehkah hamil jika sperma berada di bibir vagina
Bolehkah sperma hidup jika mempunyai sabun dan bolehkah seseorang wanita itu mengandung jika terdapat sedikit sisa sperma di bibir vagina

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami.
Untuk pengetahuan anda, sperma tidak dapat hidup di bawah kondisi bahan kimia contohnya air sabun.
Kami tidak boleh tahu dengan 100% bahawa tiada sisa sperma yang termasuk ke dalam vagina dan menyebabkan fusi sperma dengan ovari sekiranya anda berada dalam keadaan subur. Oleh itu, anda adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda ingin mengelakkan kehamilan.
Sila jalankan urine pregnancy test untuk mendapatkan pengesahan sekiranya anda risau tentang isu ini. Sekiranya anda ingin dapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini, saya sarankan anda untuk berhubung dengan pihak kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.