
Sulit
3 tahun
Bolehkah hiv berjangkit dengan cara ini
Hi Dr…
Adakah risiko jangkitan hiv akan berlaku jikalau minum bergilir gilir dengan menggunakan straw yang sama dengan pesakit hiv

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda tentang gejala yang dihadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui perkongsian straw adalah sangat rendah dan luar biasa namun, ia adalah tidak mustahil.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.