
Sulit
4 tahun
Bolehkah makan antibiotik bersama dengan ubat carbimazole dan bisoprolol
Sy wnita 22 thun yg mempunyai hipertiroid.saat ini sy mngambil ubt carbimazole dan bisoprolol…leher sy juga mempunyai benjolan ats rahang.persoalan saya,adakh sy bole makan antibiotik sementra sy mkn ubt tiroid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seeloknya dijarakkan masa pengambilan ubat berlainan jenis bagi mengelakkan interaksi antara ubat sekaligus mengurangkan keberkesanan ubat.
Namun begitu, bagi mendapatakan kesan yang baik, disarankan untuk merujuk doktor agar campuran ubat yang di makan sesuai dengan tahap kesihatan diri.
Untuk mendapat penerangan lanjut masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.