
Anonymous
5 tahun
Bolehkah Postinor 2 di ambil ketika menyusukan bayi
sy ibu sedang menyusukan bayi yg berusia 1 bln…bole kah sy makan postinor 2 utk cegah kehamilan? memandangkan sy dan suami tlah melakukan hubungan bersama.
sy risau jika sy hamil dalam masa terdekat…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Terdapat beberapa situasi anda dilarang daripada mengambil pil ini antaranya ialah:
- Mengandung
- Anda mempunyai kanser payudara
- Anda mengalami pendarahan faraj yang sebadnya tidak diketahui
Oleh sebab anda , masih menyusui anak anda adalah amat dinasihatkan untuk anda merujuk hal ini dengan pakar obstektrik untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk mengelakkan kehamilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.