Sulit
5 tahun
Bolehkah saya makan painkiller semasa melakukan seks?
Hi, saya wanita umur 25 tahun baru kahwin dalam awal bulan this year and saya masih dara. Saya berasa sakit pada kali pertama “bersama” suami. Even skrg saya rasa bersedia tapi masih susah utk pecah dara. Boleh ke saya mengambil painkiller semasa melakukan seks? Or any idea or advice for me? Thanks. Saya nak sangat hamil next year. Saya rasa ingin makan ubat tidur dan minta suami pecahkan dara saya sahaja. Saya stress sangat skrg. Tolong saya
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya jangkitan kuman memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari jangkitan kuman, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, penggunaan painkiller perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga bolehcuba mengurangkan rasa sakit dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































