Hamidah

5 tahun

Bolehkah saya tolak injection sebaliknya ambil pil untuk perancang keluarga?

Assalamualaikum doktor . Saya Ingin bertanya , jika nurse galakkan saya mengambil injection perancang keluarga . Bolehkah saya tolak dan juga ingin mencuba pil perancang keluarga jenama yasmin di farmasi

DoctorOnCall,

5 tahun

Waalaikummussalam. Terima kasih kerana bertanya.

Suntikan dan pil perancang keluarga ini berfungsi dengan cara yang sama iaitu mengubah kadar hormon di dalam badan anda. Untuk pil Yasmin, ia mengandungi kombinasi dua hormon penting; estrogen dan progesterone. Bagi suntikan pula, ia hanya mengandungi progesterone.

Untuk mengambil pil Yasmin, anda perlu berdisiplin dengan memakannya selama 24 hari secara terus sebelum diikuti oleh empat biji pil placebo ataupun pil yang tidak aktif. Kitaran ini akan diulangi setiap 28 hari. Untuk suntikan pula, anda hanya perlu mengambilnya sekali dalam masa setiap tiga bulan.

Untuk kesan sampingan pula, kedua-dua cara perancang keluarga ini boleh menyebabkan loya, sakit kepala, penambahan berat badan, kurang libido ataupun keinginan untuk melakukan hubungan intim dan gangguan emosi. Sekiranya anda memilih untuk mengambil pil, anda juga mungkin akan mengalami pendarahan ketika bukan datang bulan.

Kesan yang spesifik untuk suntikan pula adalah kemurungan, jerawat, keletihan dan haid yang tidak teratur.
Terdapat beberapa lagi komplikasi dari pengambilan cara perancang keluarga ini. Antaranya adalah meningkatkan risiko berlakunya strok dan kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, dengan pemantauan para doktor, perkara ini boleh dielak.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Anda tidak digalakkan untuk membeli pil perancang sendiri. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor dahulu tentang kaedah perancang keluarga yang paling sesuai untuk anda.

Pil perancang keluarga merupakan kaedah yang paling popular untuk mencegah kehamilan. Pil perancang dalam dalam pelbagai jenis formulasi. Doktor akan mensyorkan pil yang paling sesuai untuk seseorang wanita berdasarkan umur, sejarah penyakit, kesan sampingan dan faktor-faktor lain.

Kaedah suntikan hormon progestogen biasanya digunakan untuk pencegahan kehamilan untuk jangka masa yang lebih panjang. Contoh hormon yang biasa digunakan adalah Depo provera. Suntikan hormon adalah diambil setiap 12 minggu atau 3 bulan sekali. Suntikan biasanya diambil pada hari ke-4 selepas haid bermula.

Selagi kedua-dua kaedah ini digunakan dengan cara yang betul, mereka adalah sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)