
Sulit
5 tahun
Bolehkan saya dijangkiti hiv?
hi, saya lelaki berumur 30an, saya ada melakukan hubungan seks oral dgn wanita tanpa kondom (dlm 2 minit) dan hubungan kelamin dgn kondom, tapi tak lama kerana penis saya tidak ereksi (rasa bersalah ) dan sukar utk masuk … (mncuba dlm 1-2minit) . mungkin masuk tpi skit shj…dan saya cabut dan tak teruskan… wanita ini ada beritahu saya (kemudian) dia positiv hiv , saya nk tnya adakah saya blh dijangkiti hiv brdasarkan xtvt saya ini? … tlg saya doc… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan, jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti HIV sampai antibodi HIV tersebut terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.
HIV yang dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Melalui keterangan anda, sebetulnya adalah sukar untuk menentukan risiko dijangkiti HIV kerana anda telah melakukan hubungan seks oral tanpa perlindungan. Maka risiko untuk dijangkiti HIV melalui aktiviti tersebut adalah tinggi tergantung kepada keadaan kulit anda dan pasangan seksual anda. Merujuk kepada seks kelamin yang anda lakukan, kemungkinan untuk dijangkiti melalui aktiviti tersebut adalah rendah. Hal ini kerana kajian membuktikan seharusnya pemakaian kondom dapat mencegah jangkitan HIV sampai 80%
Justeru, memandangkan anda telah terdedah dengan melakukan hubungan tanpa perlindungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status HIV anda.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih