
Sulit
3 tahun
Bonjolan di pangkal batang zakar
Hi saya seorang lelaki berusia 21 tahun dan baru-baru ini saya baru perasan ada bonjolan di pangkal batang zakar saya. Bila ditekan atau picit, ianya tidak sakit. Adakah disebabkan urat? Apakah puncanya? Adakah ianya perlu dibimbangkan dan boleh dirawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan pada pangkal kemaluan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Kurang penjagaan kebersihan
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Alahan kepada bahan pencuci
- Jerawat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Fordyce spots
- Kista/ Cyst
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.