Sulit
4 tahun
Buah zakar kadang tumbuh bejolan dan berisi nanah
Hi doktor… saya ingin bertanya apakah penyebab buah zakar saya selalu tumbuh benjolan nanah…Pada mulanya hanya benjolan kecil tpi 2,3 hri kemudian benjolan itu akan membesar dan kadang bernanah…?
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman atau virus
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Tambahan lagi, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sila rujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























