
Sulit
4 tahun
Buah zakar kecil sebelah,
Doctor saya ingin bertanya saya berumur 20 thn…testis saya mempunyai perubahan saiz iaitu,sebelah kiri mempunyai saiz besar dan sebelah kiri mempunyai saiz kecil sedikit daripada yang sebelah kiri…tetapi saya tidak berasa sakit adakah ini normal doctor? Tetapi semasa saya dalam berusia kecil saya telah menjalani pembedahan iaitu testis saya sebelah kanan ternaik ke abdomen dan doctor, telah membuat pembedahan untuk menurunkan balik testis saya yg ternaik itu ke tempat asalnya…Dan sekarang zakar saya pula mempunyai saiz yg kecil adakah masalah ini sebabkan kerana testis…Dan apa yang harus saya kena buat Doctor…saya amat risau tentang masalah ini😢

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang saiz buah zakar yang tidak sama. Untuk makluman anda, secara umum, kondisi ini boleh terjadi disebabkan oleh variasi normal kerana saiz zakar untuk setiap lelaki adalah berbeza untuk kedua-dua belah. Untuk mengulas lanjut, pemeriksaan testis perlu untuk dilakukan bagi membezakan antara yang normal atau sebaliknya.
Oleh kerana masalah ini merupakan gejala yang dihadapi sejak kecil dan anda tidak mengalami sebarang gejala yang membimbangkan atau tiada kesakitan yang dirasai, kebarangkalian perkara ini adalah normal mengikut individu. Namun, secara amnya pembengkakan testis boleh juga disebabkan oleh:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan atau nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah