Anonymous
6 tahun
Buah zakar ketumbuhan
Saya lelaki berumur 21 tahun. Saya dapati buah zakar sebelah kanan saya sakit apabila disentuh. Pada malamnya saya dapati, terdapat seperti jerawat atau ketumbuhan sebesar kacang hijau di buah zakar saya, bukan pada kulit tetapi tepat di buah zakar sebelah kanan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan ketumbuhan biji pada zakar anda, antaranya:
- Cyst (ketumbuhan yang mempunyai cecair)
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



































