Sulit
2 tahun
Buah zakar muncul bonjolan merah
Saya lelaki berusia 20an, 3 hari lepas buah zakar terasa gatal, hari ni buah zakar saya muncul bonjolan merah-merah, tidak sakit ketika dipegang atau ketika buang air kecil, apakah puncanya ? & penyakit yang berkaitan ? Terima kasih doktor mintak tolong ye
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan merah pada zakar dan kegetalan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, jangkitan sebab kebersihan kurang memuaskan, alahan pada pakaian atau produk pembersih, kesan geseran sebab seluar ketat atau tebal, dan sista kulit lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.