
Sulit
4 tahun
Buah zakar sebelah kanan sakit
Hi doc, saya nak tanya Buah zakar saya sebelah kanan sakit macam senak, kencing rasa macam tak lawas, telur belah kanan lebih melayut kebawah(jatuh kebawah tak sama tinggi dengan telur kiri) rasa tak selesa pada telur kanan macam senak. Pancutan kencing normal tapi rasa tak lawas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa buah zakar boleh menjadi sakit:
- Kecederaan atau trauma pada buah zakar
- Jangkitan testis (orchitis atau epididymo-orchitis)
- Kilasan testis (testicular torsion)
- Penyakit kelamin
- Jangkitan salur kencing
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan sakit tuan dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan am kami terhadap masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung. Terima kasih.