
Sulit
4 tahun
Buah Zakar Sebelah Kiri Sakit
Saya lelaki berusia 27 tahun. Buah zakar saya sakit sebelah kiri. Kadang saya berasa senak dan apa bila sy bykkan minum air suam. Buah zakar saya kembali normal tiada sakit langsung. Bila sy kencing, air kencing sy normal. Takde kencing berdarah atau terasa sakit bila kencing. Semua itu saya rasa normal. Cuma bila testis kiri berasa sakit, sy akan minum air suam bykkan dan ia kembal normal. Bila sakit, sy akan terasa sakit di testis dan kawasan pinggang (senak). Badan sy berasa lesu dan amat letih. Apa yang terjadi pda saya? Adakah tidak cukup rehat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit buah zakar anda boleh disebabkan:
- Buah zakar terbelit (testicular torsion)
- Angin pasang (hernia) terbelit
- Jangkitan buah zakar
- Hidrosele - bengkak cecair dalam buah zakar
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.