
yayawardah303
5 tahun
Buang air besar beserta darah selepas bersalin secara czer
Selepas bersalin secara czer saya kerap buang air besar berserta darah?kenapa?adakah ini normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.