Sulit
5 tahun
Buang mole di eyebrows
kalo sya buang mole sya di kawasan bulu kening sya adakah kawasan bulu kening sya tu akan ada parut dan tidak akan tumubh lgi. atau bulu kening sya akan tumbuh semula.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, bergantung kepada cara pembuangan dan kedalaman yang dibuang akan mempengaruhi faktor penyembuhan kulit dan tisu di kawasan tersebut. Ia mungkin menyebabkan parut dan bulu kening tidak akan tumbuh semula jika kulit dan tisu di bahagian tersebut dibuang.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit terlebih dahulu untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan teknik pembuangan yang sesuai akan disyorkan kepada anda berdasarkan diagnosis atau pandangan doktor. Ini hanyalah keterangan am daripada kami.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai soalan anda.

































