
wpu6412
5 tahun
Buasir kerap terjojol ketika bnyak berjalan
saye lelaki berumur 34 tahun… baru2 ni benjolan buasir kerap terkeluar ketika sedang berjalan/bekerja… saye kerap memasukkan semula benjolan tersebut…dn mnyebabkan saye tidak selesa… mcm mana car utk saya atasi mslh ini…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah buasir anda, keperluan pembedahan adalah bergantung kepada tahap keseriusan masalah buasir anda. Sesetengah kes yang tidak dibuang dengan pembedahan boleh menyebabkan komplikasi lebih buruk seperti jangkitan, pendarahan dan kesakitan yang berpanjangan. Pembedahan membuang buasir merupakan perosedur pembedahan kecil dan adalah prosedur yang selamat. Setiap prosedur pembedahan akan ada kesan sampingan, namun jika pembedahan diperlukan untuk membuang buasir, semestinya kemungkinan komplikasi adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan komplikasi jika tidak dibedah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.