
Sulit
5 tahun
Buasir - ketulan besar di punggung
Saya berumur 24 tahun. Saya mengalami masalah buasir. Ada ketulan yg terkeluar dari lubang punggung. Pada awalnya hanya ketulan kecil tapi bila lama2 dia jadi besar dan membangkak sebesar satu ruas jari telunjuk. Saya tidak sakit ketika membuang dan berak pun takde darah. Saya hanya sakit disebabkan ketulan itu. Saya sudah pergi ke klinik dan makan ubat dr. Sekarg sakit sudah berkurang tetapi ketulan itu tidak mengecil, saiznya sama saje. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya beranggapan bengkak tersebut merupakan buasir. Maka, berikut merupakan antara rawatan di rumah yang boleh anda lakukan
Sapu aloe vera
Mandiam hangat dengan garam magnesium sulfate
Cold compression pada bengkak tersebut
Menggunakan seluar longgar dan diperbuat dari kain kapas
Mendapatkan ubat sapu lidocaine di farmasi
Selain itu, sangat penting untuk anda mengelak dari terkena buasir lagi. Banyakkan makanan yang tinggi kandungan serat, minum banyak air serta elakkan dari duduk terlalu lama. pastikan anda tidak menunda untuk ke tandas sekiranya ada rasa ingin membuang air besar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.