
Sulit
4 tahun
Buasir peringkat awal
doktor saya mengalami buasir di peringlat awal , dan saya merasakan ada lendir keluar jika membuang air besar tetapi tidak berdarah . Dan doktor membrikan saya ubat protosedyl .Adakah boleh saya gunakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, ubat proctosedyl jenis salap dan supositoria mengandungi bahan aktif steroid iaitu hidrokortison dan cinchocaine hidroklorida iaitu sejenis anestetik (ubat kebas) tempatan. Ianya berfungsi untuk mengurangkan gejala bengkak, sakit dan melegakan gatal yang disebabkan oleh buasir.
Pihak kami tidak boleh menentukan rawatan yang sesuai untuk anda kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan telah menerima rawatan dari mereka, saya sarankan untuk anda mengikut nasihat yang diberi oleh doktor yang merawat anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.