
Sulit
5 tahun
Buasit dalaman yg tidak sakit
Sy lelaki berusia 30 skrg tgh mengalami buasir dalaman dimana terdapat bonjolan yg kluar seakan warna kulit n putih …tetapi bonjolong boleh d tolak ke dalam…sy tidak mengalami sebarang sakit utk berak …sy hanya rasa tidak selesa bila bonjolan itu kluar dr lubang dubur …apa patut sy buat? Adakah syvperku hanga makan ubat utk mengecutkan buasir itu atau?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara umumnya, buasir akan menyebabkan pendarahan semasa berak kerana benjolan ini mengandungi saluran darah yang banyak. Berdasarkan keterangan anda, benjolan tersebut adalah warna kulit dan putih, ini boleh merupakan benjolan daripada punca lain seperti Kutil.
Sebelum anda makan sebarang ubat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut supaya diagnosa yang lebih tepat boleh dibentuk.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.