Sulit
3 tahun
Buat Saringan untuk convid19
Haii…nak tanya…kalau saya nak buat saringan…pihak klinik/hospital akan buat apa ya? Procedure utk buat saringan tu nanti dia ada tanya ttg hal pribadi tak? And kalau saya pernah bersetubuh tp xmengandung…adalah itu ada effect dengan ujian saringan saya nanti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda ingin melakukan ujian saringan COVID-19, beberapa soalan mengenai sejarah perjalanan, status kesihatan, serta sejarah kontak dengan individu yang positif akan ditanyakan. Selepas itu, mereka akan mengambil sampel swab dari hidung dan tekak. Selain itu, keputusan tidak akan terjejas sekiranya anda pernah bersetubuh atau tidak.
Untuk mengetahui keperluan bagi anda melakukan ujian swab COVID-19, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Akan tetapi, sekiranya anda tidak layak untuk melakukan ujian COVID-19 di hospital kerajaan tetapi anda masih ingin memlakukan ujian tersebut, anda boleh membuat ujian tersebut dengan syarikat swasta melalui link ini COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini