
Sulit
4 tahun
Buat ujian upt 4 kali positif
Saya berumur 24 tahun. Sudah berkahwin hampir 2 tahun. 4 julai saya ada check upt dan positif. 5 julai saya check lagi sebanyak 2 kali dan didapati positif juga. 6 julai saya check lg dan masih positif. Tapi pada hari ini 7 julai, sy tiba2 keluar darah dan disertai sakit perut sebelah kiri. Darah tidak berketul. Darah seperti period. Saya telah ke klinik scan tapi tak nampak apa2 lagi. Check semula upt di klinik, doktor cakap saya tidak hamil. Dan tu darah period.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar. Terima kasih.