
mki8700.my
5 tahun
Cairan putih seakan nanah di penis
Saya lelaki berusia 43 tahun. Baru baru ni (lebih kurang 3 minggu lalu) saya terasa sedikit sakit/pedih waktu buang air kecil. Kemudian saya perasan seakan akan ada cairan air mani kering di seluar dalam. 2 hari lepas br saya nmpk ada mcm nanah keluar di hujung kemaluan dan ada sedikit rasa sakit waktu saya picit zakar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana jika ianya adalah jangkitan di kemaluan, ia hanya boleh disembuhkan dengan penggunaan ubat antibiotik. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.