
fletchersxnsetan
5 tahun
Cara berhenti dari mengandung
apakah cara untuk berhenti dari mengandung?sudah lepas 3 hari melakukan seks…kesilapan yang dilalui membuatkan saya takut sama ada saya mengandung atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Justeru, sekiranya anda mahu mencegah kehamilan, anda boleh mengambil pil perancang kecemasan dalam tempoh 72 jam setelah berhubungan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info tambahan, anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.